Saturday, 17 March 2012

TEKNIK SEO BLOG


Hi, Peeps!

Blogger bru stahun jagung cam Miss ni, bnyak lagi perkara yang tidak tahu dalam berblogging. Tp itu bukan menjadi permasalahan jika kita btul2 nak mempelajari sesuatu kn? Pasti ramai blogger dluar sana inginkan rating trafik tinggi dalam pencarian Google, yahoo dan lain-lain. Miss ada terbaca beberapa tips yang telah di kongsikan oleh Blog Mohd Isa. Blog beliau banyak informasi yang kita tidak ketahui dan blog beliau mempuanyai rating yang terbaik dalam laman sensawang.
Di sini, Miss akan sertakan beberapa tips yang telah dikongsikan oleh beliau mengenai " Teknik Seo Blog "

10 Teknik SEO Blog Terkini
  1. Gunakan tajuk/title yang relevan dan bebeza serta bersesuaian dengan kata kunci/keyword yang digunakan dalam sesebuah laman atau artikel.
  2. Tulis artikel yang menarik dan utamakan kandungan penulisan yang asli. Hindari perbuatan plagiat (kecuali fakta). Tulis artikel yang benar-benar menarik dan mampu menarik minat pembaca untuk menghabiskannya. Jangan lupa masukkan kata kunci yang disasarkan.
  3. Gunakan anchor text untuk link ke artikel yang berkaitan (inbound link). Anda juga boleh menggunakan plugin SEO Smartlinks.
  4. Pastikan blog atau laman anda mudah dimasuki, laju dan pantas (fast loading). Ini kerana page load menjadi salah satu faktor penentu dalam SERP di Google.
  5. Kemaskini atau tambah artikel blog anda secara berkala, sehari sekali pun jadilah.
  6. Tema atau rekabentuk sesebuah blog juga memain peranan, pastikan ianya mesra pengunjung dan juga mesra SEO. Melalui pengalaman saya, Thesis dan Genesis merupakan salah sebuah tema yang benar-benar mesra SEO.
  7. Bina backlink yang berkualiti dan bukannya dengan kuantiti yang banyak sahaja.
  8. Gunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mempromosikan artikel atau blog anda sebaik-baiknya.
  9. Lebih menarik lagi jika anda tambahkan video di dalam artikel anda, agar ianya menarik minat pembaca untuk berkunjung dengan lebih lama.
  10. Terbaru dan terkini, pastikan blog anda bersedia dengan pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar. Saya menggunakan plugin MobilePress, mudah dan ringkas untuk pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar.
Ini merupakan beberapa tips dalam Blog Mohd Isa yang dapat Miss kongsikan bersama. Terima Kasih kepada Blog Mohd Isa kerana memberikan tips yang amat berguna kepada blogger2..
Kepada pembaca dluar sana, bolehlah melayari blog beliau di link ini : http://blog.mohdisa.com/
untuk mengetahui pelbagai informasi. 


No comments:

Post a Comment